3.24.2010

Renungkan lah...........

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang
ke Kuala Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk,saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih
kurang 12 tahun muncul dihadapan."Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan,"
jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus
menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi.menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?"
> katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai
> disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu
> ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau
> makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak
> menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil
> memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus
> beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh
>di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempatsaya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12tahun."Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan
kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya
petah sekali sambil tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul
persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan
sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang
beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapatmembantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta,memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih
ke?" tanyanya."Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada
pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap
pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah
kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya
dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan
satu persatu kuihnya kedalam plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus
berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada
pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanyastatusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang
melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi keranarasa
kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu
penghormatan.Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! " Hamba Allah

No comments:

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker