Bulan Ramadan adalah bulan ibadah yang penuh barakah. Di samping menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T, melalui puasa individu akan mendapat kekuatan spiritual dan belajar mengawal tuntutan nafsu. Ramadan mendidik kita supaya bersabar serta lebih berdisiplin terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai menu yang pasti menaikkan nafsu makan lebih dari hari biasa walaupun ketika berpuasa.
Secara umumnya, puasa yang kurang berkesan adalah berpunca daripada tabiat pemakanan atau gaya hidup yang tidak sihat. Makan secara berlebihan, berulang-ulang makan sepanjang malam, makan makanan yang kurang berkhasiat, kurang minum air, tidur ketika kenyang adalah beberapa contoh tabiat yang tidak sihat dan sama sekali perlu dielakkan agar manfaat puasa sebenar dapat dicapai.
Antara Risiko Yang Dihadapi Akibat Pemakanan Yang Tidak Sihat
Di bulan ramadan kita gemar membeli makanan segera yang tidak mengandungi sebarang nutrisi yang baik untuk kesihatan sehingga sistem badan menjadi lemah, tidak bertenaga, mudah pitam dan boleh mengakibatkan pengsan. Makanan bergoreng, bersantan, berkolesterol tinggi dan mengandungi gula yang banyak menghasilkan lemak berlebihan yang akan berkumpul di sekeliling salur darah. Ini mengakibatkan tekanan darah tinggi,
sakit jantung dan diabetes kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh badan. Makanan yang dibakar atau dipanggang pula mengandungi bahan kimia merbahaya yang menghasilkan radikal bebas dan bertoksik dalam badan.
Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjejaskan proses pencernaan yang menyumbang kepada masalah gastrousus seperti sakit perut, cirit-birit, pedih ulu hati
dan angin berlebihan. Sistem pencernaan yang terganggu boleh mempengaruhi penyerapan nutrien dan kesihatan badan.
Ramadan adalah bulan yang paling baik untuk kita merebut peluang melakukan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan Illahi. Maka amatlah penting untuk kita mengekalkan tahap kesihatan supaya berada di tahap optima dan penuh bertenaga. Pengambilan suplemen yang halal dan bersesuaian amat disarankan kerana ia membantu mengembalikan kesihatan tubuh dengan lebih baik dan berkesan.

No comments:
Post a Comment